Thursday 27 February 2014

Kenapa Perlu ambil Supplemen

Kesihatan yang baik bergantung kepada kualiti pemakanan yang baik. Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.

Pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Nabi s.a.w pernah bersabda yng bermaksud :
“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. (Riwayat Sahih Muslim)

Kita memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita. Namun amat sukar bagi kita untuk mendapatkannnya disebabkan beberapa faktor. Jom kita lihat faktor-faktor tersebut:

  1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Pencemaran alam seperti pencemaran air misalnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?. Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap. Oleh itu pengambilan suplemen seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.

2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih. 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka. 

  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.

Kita lazimnya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Namun tahukah anda kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya.

4. Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja. Pulang lewat malam dan kurang rehat menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tmpat kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. Oleh itu, mereka yang mengalami stress disarankan mengambil suplemen Vitamin C dan Vitamin B kerana kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang.  Bagi mereka yang gemar makan lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.

  5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Jika kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mengejutkan. Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang dulunya hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila masa terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati 24 jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. Restoran Fast Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat. Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
 Adakah anda penggemar makanan atau minuman berkafein? Tahukah anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?. Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Menyediakan makanan kegemaran untuk keluarga tersayang adalah  perkara yang sangat menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.


Inilah 7 faktor mengapa anda perlu mengambil suplemen dalam diet pemakanan anda. Suplemen yang anda ambil pula haruslah suplemen semulajadi dan bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. SHAKLEE adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplemen semulajadi yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.

Sunday 23 February 2014

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPPLEMEN

Kesihatan Adalah Anugerah Tuhan Yang Tiada Ternilai.

Dengan Nama Allah,

InsyaAllah kali ini saya ingin kongsikan 7 sebab mengapa badan kita memerlukan suplemen. Mari rajin-rajinkan diri untuk membaca info ini sebab selalu sangat kita mengelak daripada memperuntukkan sejumlah dana untuk mengisi keperluan nutrisi badan kita, atas banyak alasan termasuklah kos tinggi, masih muda & sihat serta pelbagai alasan lain.

Mungkin kita terlupa agaknya bahawa kesihatan yang dipinjamkan Allah itu merupakan anugerah yang tidak ternilai. Kesihatan luaran & dalaman adalah perlu untuk menjadikan kita lebih bersemangat & bertenaga dalam melaksanakan suruhan Tuhan terutamanya. :)

Jom teruskan membaca.
Moga bermanfaat.

***


7 SEBAB Mengapa Badan Kita Memerlukan Suplemen.

1) Badan kita memerlukan dosa vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan & anti penuaan.
2) Buah-buahan & sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan & galian yang kurang berbanding dengan buah & sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga & bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah & sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan. Vitamin C & enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan ubat penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras & antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula & garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang diperlukan.

6) Gaya hidup & trend masa kini dengan kehidupan sibuk, jarang memasak di rumah & lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar & malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


***

Okey, sekarang kita mungkin telah sedar betapa perlunya untuk kita membantu membekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh badan kita melalui pengambilan suplemen. Masalahnya terlalu banyak jenama suplemen di pasaran & anda pula segan hendak meminta konsultansi bagi membuat pilihan. 

Namun anda tidak perlu gusar... melalui suplemen yang halal, berkualiti & harga mampu milik, InsyaAllah, Shaklee adalah pilihan yang terbaik & langkah yang bijak untuk memenuhi nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita. 

Maka, dengan ini terdapat beberapa cadangan set suplemen untuk kesihatan anda.




SET KESIHATAN OPTIMUM yang dicadangkan ialah:

1) Vita-Lea Iron Complex

2) B-complex

3) Vita C (sustained release 500mg)

4) ESP Soy Protein Isolate Powder 


Atau OPSYEN: 

1) Vita-Lea

2) B-complex

3) Vita C

Kebaikan:

- Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

- Membantu anda berasa lebih bertenaga 

- Menguatkan sistem imun anda

- Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang & otot yang sihat.
***

Untuk membuat pesanan dengan harga istimewa @ konsultansi percuma,
Hubungi saya Pengedar Suplemen Shaklee Anda:

Fida Jainneh

SMS/Call : 017-7000430
ID Shaklee : 944481

Kalau segan hendak SMS/Call, boleh juga email saja.. :)  
email: fida80@ymail.com / efida2304@gmail.com

P/S: Bagi saudari-saudari, muslimat yang berada di sekitar Johor Bahru boleh sms untuk temujanji, insyaAllah.

Izinkan saya membantu anda. :)
Moga Allah permudahkan & redha, insyaAllah.

SET KECANTIKAN KULIT

Set Kecantikan Kulit Shaklee.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kulit yang mulus dan cerah jelita adalah idaman setiap wanita. Masalah seperti tona kulit tidak sekata, jerawat dan jeragat serta kulit yang terlalu kering atau berminyak pasti membuatkan seseorang itu berasa kurang yakin terhadap penampilannya sekali gus dapat menggangu hubungan seseorang bersama masyarakat.

Pilihan untuk terus mempunyai kulit yang bermasalah atau tidak adalah bergantung pada usaha setiap individu untuk menjaganya. Ada yang sanggup menghabiskan beribu ribu ringgit untuk membuat rawatan muka di pusat kecantikan malangnya tiada perubahan positif juga. Apakah puncanya? Ianya adalah kerana penjagaan kulit bukan sahaja bergantung kepada penjagaan luaran sahaja teapi ianya termasuk penjagaan dalaman.

Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan dalaman? Ianya melibatkan cara pemakanan seseorang yang mempunyai pengaruh besar terhadap kulit.

Maka dengan itu, SHAKLEE telah memperkenalkan set kecantikan kulit yang bukan sahaja dijual dengan harga yang berpatutan malahan turut membantu anda untuk kelihatan cantik berseri dari dalam...

(set kecantikan basic SHAKLEE)

Apa yang ada didalam set kecantikan basic SHAKLEE?

1) B Complex
·         Stabilkan hormone. Bile hormone stabil. Mood happy dan jerawat pun tak la timbul macam cendawan.

2) Vitamin E
·         Terkenal sebagai vitamin awet muda.
·         melambatkan proses penuaan
·         membantu keseimbangan hormon
·         mengawal kadar minyak dalam liang kulit. (kurangkan kulit berminyak)
·         mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan.

3) Vitamin C
·     Memberikan kolagen supaya kulit lebih kenyal.( kekurangan kolagen dalam tubuh membuatkan anda mudah lebam dan kering serta bersisik)
·        menjadikan kulit lebih bersinar dan gebu.
·        mencerahkan kulit anda secara semulajadi dan sekata.


OPTIONAL/TAMBAHAN


4) ESP
·   Membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru.
·  p/s: Setiap 21 hari sel kulit kita akan bertukar wajah.jadi, keperluan protein yang berkualiti sangat penting supaya sel-sel kulit yang dihasilkan adalah sel-sel yang berkualiti dan kulit kita akan kelihatan gebu, bersih dan licin..
5) GLA Complex
·   Menyeimbangkan hormon yang mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan kulit wajah seseorang seperti contoh masalah jerawat mahupun jeragat

Ayuh, usah tunggu sampai hari esok, tanamkan niat dan gandakan usaha anda kerana,   kecantikan itu hak milik setiap insan.


Berminat untuk mencuba?
Untuk konsultansi percuma & info lanjut hubungi saya :)
Fida Jainneh

Shaklee ID 944481

SMS/Call : 017-7000430
email :fida80@ymail.com / efida2304@gmail.com
FB : Fida Emina Online 
:)

Vitamin C SHAKLEE TERHANGAT DI PASARAN




Punyalah fenomena SR Vitamin C Shaklee ni... Alhamdulillah.. semakin ramai yang mengetahui dan inginkan khasiat Vitamin C Shaklee ini. Setahun menunggu memang berbaloi. Yang penting, kebaikan dan khasiat tersendiri Vitamin C ini yang dicari oleh pengamal supplement Shaklee.

Vitamin C kini dilengkapi dengan "Citrus Bioflavonoids Complex" dan juga "Sustained Release System"!



Badan kita amat memerlukan Vitamin C. Kenapa?
Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
Untuk merangsang pembentukan collagen
Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang

Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!


Apakah perbezaan Sustained Release Vitamin C Plus dan supplement Vitamin C lain?

Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. 
Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam!!
SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C.


Inginkan vitamin C untuk kesihatan anda? Lebih banyak kebaikan dan khasiat lain yang anda akan perolehi!!! Dan harganya SANGAT BERBALOI...

RM92 (WM)
RM97 (EM)
Setiap botol mengandungi 180 tablet (hanya 50 sen sebiji)

Hubungi kami untuk ORDER SR Vitamin C anda SEKARANG!!

Fida Jainneh 
Shaklee ID 944481

msg/whatsapp: 017-7000430

pm fb: Fida Emina Online

email: fida80@ymail.com

:)

Saturday 22 February 2014

Sakit Gout



 
Gout merupakan salah satu penyakit yang sering juga didengari dari kebanyakan rakyat Malaysia. Gout merupakan sejenis athritis (radang yang melibatkan sendi) dan selalunya dihadapi oleh lelaki. Shaklee mempunyai beberapa supplement yang boleh membantu pesakit gout. Kami akan memberikan beberapa cadangan supplement untuk anda.

Mengapa supplement tersebut sesuai untuk anda?

VIVIX
Memberi impak kepada 4 mekanisme anti penuaan
Melindungi dan memperbaiki DNA
Memberikan impak positif kepada pengawalan genetik
Menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel
Melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

OMEGA GUARD
Mengandungi DHA dan EPA yang merupakan asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan laut dalam
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

ALFALFA COMPLEX
Membantu untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari dalam badan
Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil jumlah air yang banyak

PERFORMANCE DRINK
Membantu untuk memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup


Anda boleh mendapatkan kesemua supplement atau beberapa supplement yang mengikut bajet anda. Anda boleh beritahu kami, dan kami akan menyarankan supplement yang bersesuaian dengan anda.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:)
Fida Jainneh
Shaklee ID : 944481
msg/whatsapp: 017-7000430
pm fb: Fida Emina Online
                                                         email: fida80@ymail.com

SET KULIT KERING DARI SHAKLEE



Kurangkan Masalah Kulit Kering dan Berjerawat dengan Set Enfuselle Shaklee
 
Kulit kering sememangnya agak merimaskan sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit muka. Tambahkan pula apabila timbulnya jerawat. Semakin rasa tidak selesa. Kan? Anda boleh cuba menggunakan facial set Shaklee iaitu Enfuselle Normal-Dry untuk mengurangkan masalah kulit kering anda dan juga mengurangkan jerawat.



Set Enfuselle Normal-Dry terdiri daripada:

Hydrating Cleansing Gel
Menjadikan kulit halus, seimbang, dan berseri
Mencerahkan tona kulit
Membantu menyeimbangkan pH kulit

Hydrating Toner
Menyeimbangkan pH kulit
Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
Melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

Hydrating Moisturizer
Meningkatkan keanjalan kulit
Mengurangkan garis-garis halus
Mengurangkan kedutan

Eye Treatment
Meningkatkan kekenyalan dan keanjalan kulit
Mengurangkan kedutan pada kulit
Melembapkan kulit pada tempoh yang lama
Mengembalikan tona kulit

-----------------------------------------

Jom dapatkan SET ENFUSELLE
Hubungi saya SEKARANG!!
Fida Jainneh
msg/whatsapp: 017-7000430
pm FB Fida Emina Online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...